Banyak benda aku nak tulis dan cite tapi no taim lah…nanti ah aku de mase aku post…ape yang sempat aku tulis, aku post dulu.
Semalam aku saje2 skodeng kat "My Documents" laptop aku..banyak betul file lame2 dulu yang aku simpan....termasuklah satu ni yang aku jumpa....nak kate sajak taklah pulak..mungkin luahan perasaan kot...
Sahabat,
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa dan apa-apa
Kecuali diri sendiri...
Tetapi...Dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran
dari seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu atau kita tak pernah sedar
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah??
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik matanya yang bercahaya mungkin menyembunyikan pelbagai keperitan
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.
Kita tidak tahu
Tetapi, jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu...